Wednesday, March 18, 2009

peneman semangatku...

Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan,
Tetapi apa yang tidak diduga seringkali berlaku dengan tiba-tiba,
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
Tapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selamanya,
Tiada abid yang ma’sum tanpa dosa,
Apa lagi bila berjiwa pemuda,
Namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan,
tetapi,
Mengingatkan tentang kemenangan yang masih tertunda,
Mungkin hari ini kita kuat & selesa,
Tapi tidak mustahil esok kita pula rebah tidak berdaya,
Semuanya bukan ketentuan kita,
Segalanya milik yang maha esa

list to do: REMINDER

1. Report Konsultasi
2. Asgmnt Modifikasi
3. Analisis data ngan SPSS...mne nk dpt ni ek?
4. Ulasan mngguan
5. Buku Skrap: DEMENTIA
6. Ulasan Filem: SOPHIE'S CHOICE..
ngee...byknyer keja...mintak tolonggg!!!!!!
ble la gamaknya semua ni akn berakhir?? aku dh x sanggup lgi.. sabar...sabar...only a few weeks ja..haha
pasti praktikum pulak.. neno neno

Saturday, March 14, 2009

minggu yg penuh bz...dh berlalu

hari ni...aku dh boleh tarik nafas lega...bru la rsa nikmatnya ada cuti weekend.. sebabnya, dh 2 mngu aku x berkesempatan nk santai2 camni...eheh..
mngu hri tu aku g SMK DUHA.. kt mne? meh aku nk story..
dkt rembau...jauh tu..tp xpe...aku ske tgk tmpt org..bole rasa suasana baru...luaskan pandangan.. utk asgmnt konsultasi.. 3 hri gk kt sne..nasib baik student sporting n cikgu tu bgi kt kitorang je ank murid dia..hihihi...walaupun dalam keadaan hujan n terpaksa arrange jadual ikut kesesuaian..tp seronok..sbb program dpt berjalan lancar.. penat? usah ckp la..lenguh rsanya kaki.. badan2 semua..TQ a lot kt mak amy-masak sedap-.. masak lemak cili api original pny...1st time aku jumpa...mmg air tgn org negeri...pergh..sedap...laju jer mkn..hihi
balik sini...dh sibuk nk siapkn asgmnt...bcoz next wednesday nk g klntn pulak...utk program aku nyer tesis
byk hri gk kt sne..isnin bru balik cni..penat siot.. x sempat nk rehat langsung..
n bru weekend ni.. bole rehat jp...hihi..nikmatnya rse..hihi

ENAM PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Maksud ayat 185, Surah Ali Imran).
Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua, "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Maksud ayat 179, Surah Al A'Raf). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Maksud ayat 72, Surah Al Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan "solat". Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara "meeting" kita tinggalkan solat.
Lantas pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."

lobak? telur? kopi?

"Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru. Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain. Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut. "Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya. Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum. Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?