Sunday, December 27, 2009

SETIA KASIH

Sekali air sungai melimpah
Sekali kasihnya pun berubah
Itulah falsafah
Yang menjadi ikutan dan juga bualan
Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah Cuma
Adalah pasir sahaja
Penghujungnya muara
Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai
Nikmat cinta, yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya tiada terlaksana
Dahan yang patah, tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku
Serta kepayahanku hanya kau saja
Sudi memahaminya
Setiaku kini hanya satu dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan
Jasad ataupun nyawa, aku tetap setia.