Thursday, August 28, 2008

salam KEMERDEKAAN

Logo sambutan Kemerdekaan 2008

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan merayakan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51. Semoga negara kita terus berada dalam keadaan aman dan sejahtera dan sentiasa berada bawah naunganNya...amin....

Saya juga menyertakan maksud yang terdapat di sebalik logo tersebut untuk pengetahuan kita bersama.....

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan “Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat.

Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.

Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.

Warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

~SALAM KEMERDEKAAN KE 51~

1 comment:

Mohd Azirul bin Ismail said...

merdeka LaLu berpuasa..

jom pose...