Saturday, January 17, 2009

Sunday, January 11, 2009

tOo tiReD..

semester bru bermula pda minggu pertama... penatnya sudah dirasai.. penuh kepala rsanya..semua nk kna buat..

dh tu pulak, kna tukar penyelia utk tesis...adui risau lak klau2 die x setuju ngan tajuk yg aku dh pilih..bknnya apa..semua nk kna buat dri mula...byk tuu... tp alhamdulillah rsa dia mcm ok...tp tgk le...besok nk g jumpa lgik...ada kekeliruan yang muncul...eheh..

tp dlm sibuk2 tu sempat jgk ek update blog? eheh...relekskn minda...biasa la... merapu meraban,..pastu sambung wat keja..


bru seminggu semester bru bermula...


rsa mcm dh week 13 or 14 ja...ahah...byknya keja nk kna settle...cri bahan la...ASCA...APA... ACA..BLA...BLA...BLA.... eheh...aku x mnt r blajar law nih...tp nk buat camne...kne la jgk... pastu blajar pasal perubatan lak... aku dpt tajuk DEMENTIA... or nyanyuk... hihi... sape nk tolong crik bahan angkat tangan!!!!


oh ya... ada sesaper yg reti x nk download movie kt internet... x reti r... nyampah tol.. try install free internet downloader..tp mcm x reti gne pulak..

FAKTA... bKn aUTa

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akanmenghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggerisdan Italy, jurugambar dikenali sebagaipaparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filemLa Dolce Vita yang diterbitkan olehFederico Fellini pada tahun entah beraper dah tak ingat..


5. Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya dan tak mungkin dapat mengangkut bigshow, betul tak?


6. Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.ke kiri ker? bukan ke kanan?..


7. Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia. rasernya 0.1l air liur tak mungkin dapat menghilangkan rasa dahaga ....


8. Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.4000 bunga untuk = 1 sudu madu??...tak penat ker lebah tu?..


9. Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.pelik gak yer......

6 perkara...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Friday, January 9, 2009

kta org...

"Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah."
"Pasanganmu akan berasal dari tulangmu dan dagingmu, dan engkau akan melihat dirimu sendiri di dalam dirinya dan kalian berdua akan menjadi satu..Kerana pmpn terjadi dr tulang rusuk lelaki...jadi setiap insan sudah d tetapkan jodoh memasing..kita sebagai hambaNYA kena lah berusaha mencarinya...tanpa usaha sukar buat kita utk bertemu dgn jodoh kita...."
__________________

Sunday, January 4, 2009

hari itu...hari ini


HAMPIR setiap seorang daripada kita telah melalui hari itu. Ia hari bersejarah yang secara tidak langsung 'membentuk' kita pada hari ini. Pada hari tersebut, kita mula mengenali bilik darjah, papan tulis dan seorang bernama 'cikgu'. Hari yang dimaksudkan ialah hari pertama menjejaki ke alam persekolahan.
Pada hari itu juga, jadual hidup kita tiba-tiba berubah. Daripada boleh bermain sepanjang hari atau berada di pangkuan ibu bapa seharian, tiba-tiba kita perlu bersiap mengenakan pakaian seragam sekolah dan pergi mengikuti pendidikan formal.
Di dalam kelas, kita lihat kanak-kanak yang seusia kita dihimpunkan bersama-sama. Duduk di bangku, berwajah penuh teka-teki seakan mahu menyapa salam perkenalan. Hari itu juga kita mula kenal 'waktu rehat' dan tempat yang dipanggil kantin.
Tidak ada apa yang benar-benar kebanyakan kita harapkan pada hari itu melainkan deringan bunyi loceng yang menandakan tamatnya waktu persekolahan.
Hari ini, tanggal 5 Januari, lebih 500,000 kanak-kanak di negara ini berhadapan dengan detik itu sama seperti yang pernah kita lalui. Pengalaman mula memasuki tahun satu sekolah rendah akan dirasai mereka. Cuma mungkin persekitaran dan suasananya yang berbeza. Mana tidaknya, perubahan zaman menjadi paksinya.
teringat pada hari pertama memasuki alam persekolahan sehingga ke hari ini. Walau sudah di peringkt pengajian tinggi, tapi aku masih bersekolah! hihi..
Benar, zaman persekolahan rendah dan menengah banyak membentuk diri ini. ianya memberi pengaruh yang besar pada diri ini. nostalgia zaman persekolahan akan dikenang sampai bila2. alam persekolahan menjanjikan peluang, sama ada untuk berjaya atau gagaL.
Hari ni juga aku mendaftar untuk pengajian semester ini. semester tujuh. maknanya aku bakal menamatkan pengajian. sekejap je rasanya aku mendaftar untuk masuk pada semester 1 tanggal 15 disember 2005. sudah tiga tahun masa berlalu.. dan pada hari ni tanggal 5 januari 2009, dah semester tujuh. cepatnya masa berlalu. aku juga harus cepat! siapkan tesis!!!