Monday, November 30, 2009

airmataWANITA


Seorang anak kecil lelaki bertanya kepada ibunya..."mengapa ibu menangis?" "kerana ibu adalah seorang wanita". Jawab ibunya. "Aku tidak mengerti" kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata: "Dan kau tidak pernah mengerti anakku". Kemudian anak itu bertanya kepada ayahnya.."Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?". "Semua wanita menangis tanpa alasan". Hanya itu yang mampu dikatakan ayahnya. Anak lelaki itu terus membesar menjadi seorang lelaki dewasa, tetapi masih ingin mengetahui mengapa wanita menangis. Lalu Tuhan berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuatkan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. Aku memberikannya kekuatan dalaman untuk mampu melahirkan dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberikannya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan pederitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. Aku memberikannya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya sedang menyakiti hatinya. Aku memberikannya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami takkan menyakiti isterinya, tetapi kadangkala menguji ketetapan hatinya untuk terus berada di samping suaminya tanpa ragu. Dan akhirnya, Aku memberikannya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa diperlukannya. Kau tahu..kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkannya, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya. Selepas itu, lelaki itu tidak pelik lagi apabila melihat wanita menangis..kerana dia telah tahu bahawa air mata wanita itu adalah miliknya, dan akan digunakannya ketika wanita sedang bergembira, ataupun berduka.

rafflesia



sedikit info pasal bunga aneh ni..xde batang or berdaun...only bunga...check it out


SUMBER:KOSMO


Monday, November 23, 2009

CANTIK VS X CANTIK

KALAU PEREMPUAN CANTIK PENDIAM
KELAKI AKAN KATA: WOW!! CIRI-CIRI ISTERI IDAMAN NIH!
KALAU PERUAN TAK CANTIK PENDIAM
KELAKI AKAN KATA: TAK RETI KOMUNIKASI AGAKNYA

KALAU PEREMPUAN CANTIK BERBUAT JAHAT
LELAKI AKAN KATA: MESTI ADA KRISIS NI...KESIANNYA
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK BERBUAT JAHAT
LELAKI AKAN KATA: DAH LA TAK LAWA, PERANGAI MACAM SIAL

KALAU PEREMPUAN CANTIK MENOLONG LELAKI DALAM KESUSAHAN
LELAKI AKAN KATA: WOW!! HEROIN SEJATI
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK MONOLONG LELAKI DALAM KESUSAHAN
LELAKI AKAN KATA: HMMM...TAKTIK NAK NGORAT LA TU

KALAU PEREMPUAN CANTIK DAPAT LELAKI HANDSOME
LELAKI AKAN KATA: OK LA, MCM PINANG DIBELAH DUA
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK DAPAT LELAKI HANDSOME
LELAKI AKAN KATA: KESIAN, MESTI DAH KENA BOMOH LAKI TU

KALAU PEREMPUAN CANTIK DITINGGAL KEKASIH
LELAKI AKAN KATA: BUTA KA BTOL MAMAT TU
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK DITINGGAL KEKASIH
LELAKI AKAN KATA: PATUT LA KNA REJECT!

KALAU PEREMPUAN CANTIK BAWA BMW
LELAKI AKAN KATA: MESTI ANAK ORANG KAYA
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK BAWA BMW
LELAKI AKAN KATA: ENTAH DATO' MANA BELA NIH

KALAU PEREMPUAN CANTIK BERSEDIH
LELAKI AKAN KATA: DUN WORRY, I WILL MAKE U HAPPY FOREVER
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK BERSEDIH
LELAKI AKAN KATA: SIKIT2 NANGIS, NGADA TUL

KALAU PEREMPUAN CANTIK PANDAI MASAK
LELAKI AKAN KATA: DAH LA LAWA, PANDAI MASAK LAK TU
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK PANDAI MASAK
LELAKI AKAN KATA: NTAH SEDAP KE TIDAK TU

hehe...ntah btol ke tidak...justz joke..hehe
klau btol...perbetulkanlah mna yg patut


Monday, November 9, 2009

tika & saat ini



tika begini mencari-cari
sebuah cinta hilang,
saat begini ternanti-nanti bayangmu sayang...
bertanya-tanya pada sang bunga, mengapa layu jua..
bertanya-tanya, di hujung rindu, kau pun berlalu...
kuulangi pertemuan, walau hanya mendakap sisa cinta..
bersama rindu yang terdampar...
saat ini ku sendiri menangisi..pemergianmu kekasih,
dan cuba memujuk rindu..
yang pedih tercalar, di sudut ingatanku..
airmataku kau renang bahagia...
tika begini aku sendiri..
kau menyepikan diri..
saat begini kau padu janji, kasih yang baru..
ku masih sendiri..

Wednesday, November 4, 2009

KeNaLi saKiT paDa diRi anDa

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri kita ..
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku… Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4.KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH ( Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah).
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang).
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8.KULIT
Berpeluh
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL ( Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air. )
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM ( Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. )
11. KULIT PECAH DAN BERAIR ( Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan).
12. RAMBUT GUGUR ( Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur).
13.SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g)RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14.TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B.PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C.PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E.BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain
F.RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15.MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH : Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17.KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18.KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19.BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20.BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan u rat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH:. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan c) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24.RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah