Monday, November 30, 2009

airmataWANITA


Seorang anak kecil lelaki bertanya kepada ibunya..."mengapa ibu menangis?" "kerana ibu adalah seorang wanita". Jawab ibunya. "Aku tidak mengerti" kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata: "Dan kau tidak pernah mengerti anakku". Kemudian anak itu bertanya kepada ayahnya.."Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?". "Semua wanita menangis tanpa alasan". Hanya itu yang mampu dikatakan ayahnya. Anak lelaki itu terus membesar menjadi seorang lelaki dewasa, tetapi masih ingin mengetahui mengapa wanita menangis. Lalu Tuhan berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuatkan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. Aku memberikannya kekuatan dalaman untuk mampu melahirkan dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberikannya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan pederitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. Aku memberikannya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya sedang menyakiti hatinya. Aku memberikannya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami takkan menyakiti isterinya, tetapi kadangkala menguji ketetapan hatinya untuk terus berada di samping suaminya tanpa ragu. Dan akhirnya, Aku memberikannya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa diperlukannya. Kau tahu..kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkannya, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya. Selepas itu, lelaki itu tidak pelik lagi apabila melihat wanita menangis..kerana dia telah tahu bahawa air mata wanita itu adalah miliknya, dan akan digunakannya ketika wanita sedang bergembira, ataupun berduka.

No comments: