HAMPIR setiap seorang daripada kita telah melalui hari itu. Ia hari bersejarah yang secara tidak langsung 'membentuk' kita pada hari ini. Pada hari tersebut, kita mula mengenali bilik darjah, papan tulis dan seorang bernama 'cikgu'. Hari yang dimaksudkan ialah hari pertama menjejaki ke alam persekolahan.
Pada hari itu juga, jadual hidup kita tiba-tiba berubah. Daripada boleh bermain sepanjang hari atau berada di pangkuan ibu bapa seharian, tiba-tiba kita perlu bersiap mengenakan pakaian seragam sekolah dan pergi mengikuti pendidikan formal.
Di dalam kelas, kita lihat kanak-kanak yang seusia kita dihimpunkan bersama-sama. Duduk di bangku, berwajah penuh teka-teki seakan mahu menyapa salam perkenalan. Hari itu juga kita mula kenal 'waktu rehat' dan tempat yang dipanggil kantin.
Tidak ada apa yang benar-benar kebanyakan kita harapkan pada hari itu melainkan deringan bunyi loceng yang menandakan tamatnya waktu persekolahan.
Hari ini, tanggal 5 Januari, lebih 500,000 kanak-kanak di negara ini berhadapan dengan detik itu sama seperti yang pernah kita lalui. Pengalaman mula memasuki tahun satu sekolah rendah akan dirasai mereka. Cuma mungkin persekitaran dan suasananya yang berbeza. Mana tidaknya, perubahan zaman menjadi paksinya.
teringat pada hari pertama memasuki alam persekolahan sehingga ke hari ini. Walau sudah di peringkt pengajian tinggi, tapi aku masih bersekolah! hihi..
Benar, zaman persekolahan rendah dan menengah banyak membentuk diri ini. ianya memberi pengaruh yang besar pada diri ini. nostalgia zaman persekolahan akan dikenang sampai bila2. alam persekolahan menjanjikan peluang, sama ada untuk berjaya atau gagaL.
Hari ni juga aku mendaftar untuk pengajian semester ini. semester tujuh. maknanya aku bakal menamatkan pengajian. sekejap je rasanya aku mendaftar untuk masuk pada semester 1 tanggal 15 disember 2005. sudah tiga tahun masa berlalu.. dan pada hari ni tanggal 5 januari 2009, dah semester tujuh. cepatnya masa berlalu. aku juga harus cepat! siapkan tesis!!!
No comments:
Post a Comment