Wednesday, December 24, 2008

sepi....



kesunyian hati membawaku pergi
jauh ke dasar sepi
kerinduan hati akan cinta kasih
hadirkan air mata
semenjak kau pergi tinggal ku sendiri
bersama cinta yg ku simpan indah di dalam relung hati
aku di sini sendiri menanti cintamu hadir
aku bagai daun yg telah mengering
tertiup angin
dan seluruh jiwaku melayang menjauh
menembus awan kelam
semenjak kau pergi tinggal ku sendiri
bersama cinta yg ku simpan indah di dalam relung hati
ku di sini sendiri menanti cinta hadir kembali

Friday, October 31, 2008

CAMAR

hari itu seekor burung camar sedang dalam sarangnya....
tidak seperti biasa, dia lincah terbang kesana kemari mengarungi samudra luas tanpa lelah..
tapi kini sang camar sedang tak berdaya...
tak kuasa untuk terbang tinggi....
sayapnya terluka...terluka sakit sekali...ah..
entah apa yg dirasakan oleh sang camar saat ini...
namun dia yakin akan satu hal,
cintanya tak akan pernah meninggalkannya sedikitpun,
selalu menemani walau bagaimana pun keadaannya.
kasih sayangnya tetap tercurah...
meski sang camar sering dikhianati..
cinta...
sang camar lelah..
lelah sekali...
ingin rasanya segera dibawa oleh cintanya untuk beristirahat panjang dan menemui kehidupannya yg indah d temani oleh cintanya.........
cinta...
sang camar ingin segera menemui cintanya...

Monday, October 27, 2008

27-okt-2008

haii semua...
assalamualaikum...
hari ni dh 27 okt...sekejap je masa berlalu meninggalkn kita.. jika kita terleka...habislah...
jika kita begerak seiring dgn masa...kita adalah golongan yang beruntung..
saya? dah buat yang termampu rasanya... penat rasanya study utk final exam. .. eheh.. tp kne jgk...
nk story pasal apa eh? bosan rasanya nk bebel pasal study jek...hihihi...
k la... nk share pasal ni... v.clip utk paper pengurusan..eheh
cerita pasal harapan dan impian...

KIDAL

1. Kidal bermaksud individu yg. lebih cenderung menggunakan tangan kiri utk. melakukan berbagai tugasan contohnya mengambil barang, melontar, menunjuk, memberus gigi, menulis dan sebagainya. Kebanyakan individu kidal akan menggunakan tangan kiri dengan tanpa disedari untuk melakukan tugas-tugas yg. sukar ini.

2. Secara amnya kidal bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

3. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

4. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

5. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta Kidal

1. Secara kasarnya sekitar 15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Earl Anthony, pemain boling profesional yg. pertama berjaya meraih satu juta dolar juga seorang kidal.

6. Ramai dari personaliti yg. terkenal di dunia adalah kidal. Mereka adalah Fidel Castro – pemimpin Cuba, Albert Einstein – ahlil fizik, Henry Ford – pengeluar otomobil dan juga pengasas Microsoft sendiri iaitu Bill Gates.

7. Antara artis ternama kidal adalah Phil Collins, Pablo Picasso, Leonardo da Vinci, George Micheal, dan Paul McCartney.

8. Pelakon handalan pula antaranya adalah Tom Cruise, Charlie Chaplin, Whoopie Goldberg, Nicole Kidman, Julia Roberts, dan Sylvester Stallone.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

6. Didalam bahasa Inggeris orang kidal (left-handed) kadang kala disebut sebagai ‘southpaw’. Terma ini diambil daripada permainan besbol.

7. Pepatah Inggeris menyatakan bahawa “only left-handed are in their right minds”.

Thursday, October 9, 2008

Kita Bertanya Quran Menjawab

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Friday, September 26, 2008

SLAMAT HARI RAYA



slamat hari raya aidilfitri..
maaf zahir batin..
kpd kengkawan...saudara mara n pd semua umat Islam...

Thursday, September 25, 2008

errrr.....

1 If you understand, say "understand". If you don't understand, say "don't understand". But if you understand and say "don't understand". How do I understand that you understand? Understand!

2 .I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish.

3 .Sounding by sound is a sound method of sounding sounds.

4 .A sailor went to sea to see, what he could see. And all he could see was sea, sea, sea.

5 .Purple Paper People, Purple Paper People, Purple Paper People.

6 .If two witches were watching two watches, which witch would watch which watch?

7 .I thought a thought. But the thought I thought wasn't the thought I thought I thought. If the thought I thought I thought had been the thought I thought, I wouldn't have thought so much.


8 .Once a fellow met a fellow in a field of beans. Said a fellow to a fellow, "If a fellow asks a fellow, Can a fellow tell a fellow What a fellow means?"

9 .Mr Inside went over to see Mr Outside. Mr Inside stood outside and called to MrOutside inside. Mr Outside answered Mr Inside from inside and Told Mr Inside to come inside. Mr Inside said "NO", and told Mr Outside to come outside. MrOutside and Mr Inside argued from inside and outside about going outside or coming inside. Finally, Mr Outside coaxed Mr Inside to come inside, then both Mr Outside and Mr Inside went outside to the riverside.

10 .SHE SELLS SEA SHELLS ON THE SEA SHORE , BUT THE SEA SHELLS THAT SHE SELLS, ON THE SEA SHORE ARE NOT THE REAL ONES

11 .The owner of the inside inn was inside his inside inn with his inside outside his inside inn.

12 .If one doctor doctors another doctor does the doctor who doctors the doctor doctor the doctor the way the doctor he is doctoring doctors? Or does the doctor doctor the way the doctor who doctors doctors?"When a doctor falls ill another doctor doctor's the doctor. Does the doctor doctoring the doctor doctor the doctor in his own way or does the doctor doctoring the doctor doctors the doctor in the doctor's way"

13 .We surely shall see the sun shine shortly. Whether the weather be fine, Or whether the weather be not, Whether the weather be cold Or whether the weather be hot, We'll weather the weather Whatever the weather, Whether we like it or not. watch? Whether the weather is hot. Whether the weather is cold. Whether the weather is either or not. It is whether we like it or not.

14 .Nine nice night nurses nursing nicely.

15 .A flea and a fly in a flue Said the fly "Oh what should we do" Said the flea" Let us fly Said the fly"Let us flee" So they flew through a flaw in the flue.

16 .If you tell Tom to tell a tongue-twister his tongue will be twisted as tongue-twister twists tongues.

17 .Mr. See owned a saw.And Mr. Soar owned a seesaw. Now See's saw sawed Soar's seesaw Before Soar saw See, Which made Soar sore.Had Soar seen See's saw Before See sawed Soar's seesaw, See's saw would not have sawed Soar's seesaw. So See's saw sawed Soar's seesaw.But it was sad to see Soar so sore Just because See's saw sawed Soar's seesaw.

18 Peter Piper picked a peck of pickled peppers.Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers?If Peter Piper picked a peck of pickled peppers, where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?

papa....bacakan cerita ini....

MALAM itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis - mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.Baru nak mula, anak tunggal saya, Sarena, 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dia membawa sebuah buku. Saya kerling, nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja."Papa... bacakan cerita ni. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Sarena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.
"Buku baru ya?" saya bertanya basa-basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Sarena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibeli ibunya pagi tadi."Papa sibuk... lain kali boleh tak?" saya memujuk. Sarena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya. Tapi saya benar-benar sibuk."Bolehlah papa... sekejap aja. Ceritanya sedap..." rengek Sarena enggan mengalah."Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca...""Mama basuh pinggan. Aiaaaa... bacalah, papa!" Sarena merengek sambil menghentak-hentak kaki ke lantai. Nyata dia tak mudah mengalah."BUDAK INIIII...!!! Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Sarena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Sarena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara: "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.Masa terus berlalu... seminggu, dua minggu namun kesibukan saya bertambah.
Setiap kali pulang, Sarena tidak merengek minta dibacakan cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.Pagi minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Sarena menik-mati sarapan bersama,. saya perhatikan buku itu masih dipegang-nya."Mama dah baca, seronok papa," kata Sarena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" riba-tiba Sarena bertanya."Mama dah baca, okeylah tu!" balas saya. Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan."Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya!" katanya. Saya mengangguk.Selesai makan, saya capai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Sarena.
Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar.Konsentrasi saya cuma terganggu sekctika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar. Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar. Saya segera menjenguk. Jiran-jiran menjerit-jerit mengatakan Sarena dilanggar kereta. Saya panik. Sempat berfikir, bila masa pula dia keluar, tadi ada kat dapur!Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sesungguhnya khabar itu benar, Sarena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memccut ke hospital.Darah membasahi pakaian Sarena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya."Ina...! Inaaaa...!! Inaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya di pangkal telinga Sarena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat."Papa... mama... Ina takut. Ina sayang papa... Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Sarena antara dengar dan tidak sambil cuba membuka matanya yang dipenuhi darah. Saya kesat darah itu dengan tisu, namun sekadar cuma.. Darah kembali memenuhi wajahnya.Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Sarena ditempatkan di bilik ICU ekoran keparahan cederanya.Masuk hari kedua, keadaan Sarena tak berubah. Dia masih tak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah, lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Sarena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah.Mungkin Sarena tak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu di telinga Sarena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya ter-hadap Sarena sejak seminggu lalu.Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Sarena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukannya.Bacaan saya terhenti. Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Sarena memejamkan semula matanya - pejam buat selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Sarena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.
"Papaaaa... nanti papa bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya..." kata-kata Sarena terngiang-ngiang di telinga saya hingga ke hari ini, walaupun setahun telah berlaluHingga kini saya masih tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah?Saya tidak dapat menjawab, selain air mata yang tumpah

Wednesday, September 24, 2008

~ aku meminta kepada TUHAN~


Aku minta TUHAN menyingkirkan penderitaanku,

TUHAN menjawab, “Tidak!! Itu bukan untuk kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.”


Aku minta TUHAN menyempurnakan kecacatanku,

TUHAN menjawab, “Tidak!! Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara..”


Aku minta TUHAN menghadiahiku kesabaran,

TUHAN menjawab. “Tidak!! Kesabaran adalah hasil dari kesulitan. Itu bukan dihadiahkan. Itu harus dipelajari.”


Aku minta TUHAN memberikuk kebahagiaan,

TUHAN menjawab, “ Tidak!! Aku memberimu berkat, kebahagiaan tergantung padamu!”


Aku minta TUHAN menjauhkan penderitaan,

TUHAN menjawab, “ Tidak!! Penderitaanmu menjauhkanmu dari perhatian duniawi & membawamu mendekat padaKu.”


Aku minta TUHAN menumbuhkan rohku,

TUHAN menjawab, “ Tidak!! Engkau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkasnya untuk membuatmu berbuah!”


Aku meminta segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup,

TUHAN menjawab, “ Tidak!! Aku akan memberimu hidup, sehingga kmu dapat menikmati segal hal!!!”

Thursday, September 11, 2008

FEBRUARY

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
*Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

KETAHUI RAHSIA BULAN KELAHIRAN ANDA....SEBAGAI PENGETAHUAN

JANUARY....
*Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

Saturday, August 30, 2008

program motivasi

walau kejadian ni dh lama berlaku( 08.08.08-10.08.08) tapi baru kini berkesempatan untuk berkongsi dengan u alls! hehehe...
program ni berlansung kt s.m.k.i.s, parit, perak... boleh dikatakn perjalanan program berjalan lancar walau ada gangguan..luaran dan dalaman...
pengalaman berada dalam setting sebenar sekolah amat menarik... tidak semua org terima kehadiran kita...tp kita kne sesuaikn diri...masuk tempat org...biase le...

Friday, August 29, 2008

ANDAIKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR.....


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siang ku sibuk berzikir
Tentu aku tidak akan jemu-jemu melagukan syair rindu
Mendayu.. merayu.. kepada-Nya Tuhan yang satu


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solat ku kerjakan di awal waktu
Solat yang ku kerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhu’Jasad dan qalbu bersatu memperhambakan diri
Menghadap Rabbul Jalil… menangisi segala kecurangan janji

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil a’lamin

Sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku….
Ku serahkan hanya kepada Allah s.w.t. tuhan seru sekalian alam



Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku sia-siakan waktu walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tidak akan aku biarkan berlalu begitu sahaja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang…. bakal ku syairkan



Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malam ku sibuk dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajjud
Mengadu… merintih.. meminta belas kasih

“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu..
tapi… aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu diri ku tidak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita sama-sama meriahkan Ramadhan ini
Kita buru… kita cari… suatu malam idamaN
Yang lebih baik dari seribu bulan


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu aku bakal menyediakan batin dan zahirMempersiapkan diri… rohani dan jasmani Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan… lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi...


Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling berseri dan paling bererti
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju keredhaan serta kasih sayang-Mu Ya Illahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun….

Tidak ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha…. bersedia… meminta belas-Nya… .


Andai benar ini Ramadhan yang terakhir buat kita
Bersamalah kita melakukan yang terbaik...
mengharap redhaNya...

Amin...



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..
SEMOGA KITA DIBERKATI NYA....




M-A-A-F


M-A-A-F.

Empat huruf yang membawa makna dan erti yang sangat dalam. Orang meminta maaf apabila berbuat salah. Mengatakan maaf dan berharap agar kesalahan yang dilakukan di lupakan atau dimaklumi dengan empat huruf tersebut. Berharap agar kekhilafan yang dia perbuat lebur dengan empat huruf itu. Namun pernahkah terfikir, maaf saja cukup buat menghapus semua salah dan khilaf yang telah dilakukan? Apa guna kata maaf kalau kesalahan dan kekhilafan yang kita mintakan maaf itu terus kita ulang dan kita perbuat lagi esok dan kelak. Apa guna kata maaf bila maaf itu cuma sekedar ‘maaf’ tanpa ada keinginan untuk memperbaiki diri atau menyesali kesalahan yang telah terjadi. Maaf hanya jadi sekedar simbol. Hanya sekedar menjadi suatu kebiasaan. Bila salah harus minta maaf. Namun arti dari maaf itu sendiri sirna.Kebalikannya, bila kita memberi maaf maka harus tulus. Maaf yang tulus itu harus dari hati yang paling dalam.

Thursday, August 28, 2008

salam KEMERDEKAAN

Logo sambutan Kemerdekaan 2008

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan merayakan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51. Semoga negara kita terus berada dalam keadaan aman dan sejahtera dan sentiasa berada bawah naunganNya...amin....

Saya juga menyertakan maksud yang terdapat di sebalik logo tersebut untuk pengetahuan kita bersama.....

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan “Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat.

Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.

Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.

Warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

~SALAM KEMERDEKAAN KE 51~

Tuesday, August 26, 2008

kisah 2 org sahabat....

SEMOGA IA MEMBAWA SERIBU KEINSAFAN.

Bahawa sesungguhnya tidak mustahil jika kejayaan/kekayaan kita selama ini adalah daripada berkat doa orang lain.

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahawa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri-sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut. Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan.

Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong.

Seminggu kemudian, lelaki yang satu ini merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan.

Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau.

Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema.........

"Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"
"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan," jawab lelaki A ini. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa."

"Kau salah!" suara itu membentak tinggi. "Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."


"Katakan padaku," tanya lelaki A itu. "Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?"
" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!"

Renungan:
Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi kejayaan dan kebahagian kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu hanya dari "yang terlihat" saja.

Wednesday, July 30, 2008

assalamualaikum......



salam all.... and morning...
today is wednesday...31 july 2008 n dis is the 1st post for my blog...
hihihi... mcm apa2 ntah...
takpe nnnti akan diupdate dri semasa ke semasa...
oh ya.... kepada sesiapa yg melawat my blog...WELCOME!!!!!!
and hope u'll get new thing to learn about... go be a better..
good day!!